Thursday, 28 April 2011

PENCAPAIAN PSS SMK BATU SEPULUH

2009
SMK Batu Sepuluh Lekir telah dicalonkan sebagai Pusat Sumber Cemerlang bagi mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan bagi kategori sekolah menengah luar bandar.

2010
SMK Batu Sepuluh Lekir telah dicalonkan sebagai Pusat Sumber Cemerlang bagi mewakili Daerah Manjung ke peringkat negeri bagi kategori sekolah menengah luar bandar.

2011
- Mac
SMK Batu Sepuluh Lekir telah dicalonkan dan berjaya menjadi Johan PSS Cemerlang Peringkat Daerah Manjung Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.

- April
SMK Batu Sepuluh Lekir mewakili Daerah Manjung ke peringkat negeri bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar. Keputusannya, SMK Batu Sepuluh Lekir telah berjaya dianugerahkan sebagai Naib Johan.

GAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH












KERTAS KERJA PROGRAM KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.0 Pengenalan
Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Sehubungan dengan itu, keceriaan Pusat Sumber adalah salah satu aspek paling utama bagi menarik minat seluruh warga SMKBS untuk menggunakan PSS dalam usaha mewujudkan sebuah pusat sumber sekolah cemerlang.

2.0 Matlamat
Mewujudkan suasana yang lebih ceria dan berinformasi dalam usaha mewujudkan sebuah pusat sumber cemerlang menjelang 2012.

3.0 Tarikh
Program Keceriaan ini akan diadakan pada 2 April 2011 (Sabtu) mulai jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

4.0 Tempat
Pusat Sumber SMKBS

5.0 Sasaran
Semua Pengawas Pusat Sumber SMKBS

6.0 Pengisian
6.1 Taklimat dan pembahagian tugas
6.2 Aktiviti gotong-royong
6.3 Rehat dan jamuan

7.0 Anggaran Perbelanjaan
7.1 Makanan dan minuman pengawas : 25 x RM 2.00 = RM 50.00
7.2 Peralatan :
            7.2.1 Cat minyak
            7.2.2 Gambar
            7.2.3 Heavy Duty Double Sided Tape
            7.2.4 Kertas warna



Wednesday, 27 April 2011

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2011


MAJLIS PELANCARAN NILAM 2011 DENGAN KERJASAMA PANITIA BAHASA MELAYU, PANITIA BAHASA INGGERIS DAN PANITIA BAHASA ARAB
Tarikh    : 14 Februari 2011
Masa     : 7.40 – 8.30 pagi
Tempat : Medan Perhimpunan Sekolah
Tema     : Membaca Pencetus Pemikiran Global

PENGENALAN
NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Program ini juga merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberikan pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah.

MATLAMAT
  • Membina tabiat membaca dalam kalangan murid-murid
OBJEKTIF
  • Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar
  • Menjadikan pelajar banyak dan suka membaca
  • Menggalakkan sekolah  untuk terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca
AJK PELAKSANA
Penasihat                          : Tuan Haji Shaifuddin bin Haji Masduki (Pengetua)
Pengerusi                          : Puan Hajah Kamaliah binti Ali (Penolong Kanan Pentadbiran)
Penyelaras NILAM           : Puan Rozila binti Abdullah (Guru Kanan Bahasa)
Setiausaha NILAM           : Puan Norizam binti Awang (Guru Perpustakaan dan Media)
Ahli Jawatankuasa :          
  • Ketua Panitia Bahasa Melayu
  • Ketua Panitia Bahasa Inggeris
  • Ketua Panitia Bahasa Arab
  • Guru-guru Data NILAM
  • Guru-guru bahasa
  • Guru-guru kelas
  • Pengawas PS
ATURCARA PROGRAM PELANCARAN NILAM 2011
7.30 pagi:  Perhimpunan mingguan seperti biasa
                    Ucapan Pengerusi Majlis
                    Ucapan perasmian pelancaran NILAM oleh Pengetua
                    Aktiviti pelajar
                    -          Bicara Buku (wakil pelajar tingkatan 3A1)
                    -          Dialog Bahasa Arab (wakil pelajar tingkatan 1A1)
                    -         Persembahan Bahasa Inggeris (wakil pelajar tingkatan 5SN)
8.40 pagi: Bersurai

AKTIVITI NILAM 2011
  • Taklimat NILAM
  • Pelancaran NILAM
  • Pemantauan Pelaksanaan NILAM Tahap 1, 2 dan 3
  • Lawatan Penanda Aras
  • Bulan Membaca
  • Pertandingan Syarahan
  • Pameran Buku
  • Bicara Buku (Pelajar)
  • Profil Guru
  • Penghayatan Bulan Kemerdekaan
  • Pertandingan Penulisan Esei (Menengah Atas)
  • Tokoh Negarawan (Menengah Rendah)
  • Minggu Kreatif Bahasa
  • Post-mortem dan Anugerah NILAM
LIRIK LAGU NILAM
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi
NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari

BULETIN PUSAT SUMBER SMK BATU SEPULUH, LEKIR







JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SMK BATU SEPULUH,LEKIR

Penasihat : Tuan Haji Shaifuddin bin Masduki

Pengerusi : Puan Kamaliah binti Ali

Setiausaha : Puan Norizam binti Awang

Penyelaras Pusat Akses : Puan Zuraidah binti Mohd Asnawi

Guru PSS :
a) Puan Morsidah binti Ismail
b) Puan Norazimah binti Mashkwri
c) Puan Nurul Ain binti Noral Azmi

Pembantu PSS : Encik Mohd Rasidi bin Abdul Rashid

Ketua Pengawas PSS : Nurul Nadiah binti Mohd Zahari

Wakil Staf Sokongan : YM Encik Raja Shahruzzaman bin Raja Mohd

Wakil Panitia Mata Pelajaran : Puan Rozila binti Abdullah




MISI DAN VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

VISI PUSAT SUMBER
Pusat Sumber Cemerlang SMKBS berusaha
membudayakan ilmu ke arah insan
unggul dan cemerlang.

MISI PUSAT SUMBER
  • Menyediakan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara berkesan dan sistematik.
  • Menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang untuk membina kemahiran maklumat pendidikan.
  • Membentuk masyarakat celik ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
  • Merancang, melaksana, mengurus dan menilai projek dan aktiviti yang berterusan untuk faedah maksimum warga sekolah.
  • Meletakkan PSS sekolah sebagai model yang terbaik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.