PENGENALAN PROGRAM
Zaman remaja penuh dengan ujian dan rintangan. Masalah kekeliruan dan tiada keyakinan diri, sukar membuat keputusan serta pelbagai lagi masalah sering mendatangi remaja. Berkesinambungan itu menyebabkan remaja hilang tumpuan serta tercari-cari rumusan yang tepat untuk menghadapi dan menyelesaikan kemelut ini. Atas rasa kesedaran itulah, pihak sekolah merancang untuk melaksanakan Program Pembudayaan Sekolah melalui 5S iaitu "Senyum, Sapa, Salam, Sopan dan Santun". Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai platform untuk para pelajar menghadapi masalah dan mencorakkan suasana yang mendorong remaja lebih berdaya maju dan mempunyai jati diri yang cemerlang.
Moga ia tidak sekadar menjadi hiasan di papan tanda sahaja
Program Pembudayaan 5S diharapkan agar dapat memantapkan lagi kualiti disiplin dan sahsiah pelajar, mengukuhkan pembudayaan adab serta mengukuhkan lagi pembentukan jati diri dalam kalangan warga sekolah.
OBJEKTIF PROGRAM
- Melahirkan murid yang berdisiplin, berketrampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi.
- Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang harmoni dan selamat.
- Mengurangkan kes salah laku disiplin murid sekurang-kurangnya 50%.
- Membentuk sikap jati diri, berfikiran positif terhadap diri sendiri, rakan sebaya dan sekolah.
- Mengamalkan budaya memberi salam, senyum, sopan, sapa dan santun kepada semua guru, tetamu dan rakan.
AKTIVITI PROGRAM YANG MELIBATKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
- Pertandingan Melukis Logo 5S
- Pertandingan Antara Kelas Bertemakan 5S
- Pertandingan Keceriaan Kelas
- Program Pengukuhan dan Tazkirah 5S
- Kempen Budi Bahasa
- Pembelian Buku Bertemakan Budaya 5S
No comments:
Post a Comment