Wednesday, 17 August 2011

PROGRAM PEMBUDAYAAN 5S



PENGENALAN PROGRAM
Zaman remaja penuh dengan ujian dan rintangan. Masalah kekeliruan dan tiada keyakinan diri, sukar membuat keputusan serta pelbagai lagi masalah sering mendatangi remaja. Berkesinambungan itu menyebabkan remaja hilang tumpuan serta tercari-cari rumusan yang tepat untuk menghadapi dan menyelesaikan kemelut ini. Atas rasa kesedaran itulah, pihak sekolah merancang untuk melaksanakan Program Pembudayaan Sekolah melalui 5S iaitu "Senyum, Sapa, Salam, Sopan dan Santun". Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai platform untuk para pelajar menghadapi masalah dan mencorakkan suasana yang mendorong remaja lebih berdaya maju dan mempunyai jati diri yang cemerlang.
Moga ia tidak sekadar menjadi hiasan di papan tanda sahaja

MATLAMAT PROGRAM
Program Pembudayaan 5S diharapkan agar dapat memantapkan lagi kualiti disiplin dan sahsiah pelajar, mengukuhkan pembudayaan adab serta mengukuhkan lagi pembentukan jati diri dalam kalangan warga sekolah.

OBJEKTIF PROGRAM
  • Melahirkan murid yang berdisiplin, berketrampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi.
  • Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang harmoni dan selamat.
  • Mengurangkan kes salah laku disiplin murid sekurang-kurangnya 50%.
  • Membentuk sikap jati diri, berfikiran positif terhadap diri sendiri, rakan sebaya dan sekolah.
  • Mengamalkan budaya memberi salam, senyum, sopan, sapa dan santun kepada semua guru, tetamu dan rakan.
AKTIVITI PROGRAM YANG MELIBATKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
  • Pertandingan Melukis Logo 5S
  • Pertandingan Antara Kelas Bertemakan 5S
  • Pertandingan Keceriaan Kelas
  • Program Pengukuhan dan Tazkirah 5S
  • Kempen Budi Bahasa
  • Pembelian Buku Bertemakan Budaya 5S
  • Pameran Sudut 5S (Informasi, gambar, buku skrap, lukisan dan lain-lain hasil kerja pelajar)

Tuesday, 16 August 2011

SECEBIS TAZKIRAH RAMADHAN UNTUK RENUNGAN

6 Kelebihan Puasa Ramadhan
  • Berpuasa dengan penuh keikhlasan, ganjarannya sangat besar. Hanya Allah yang tahu nilai ganjarannya.
  • Sehari berpuasa, Allah akan menjauhkan wajah pelaku puasa itu daripada neraka selama 70 tahun.
  • Puasa akan memberi syafaat kepada yang melakukannya sehingga ia akan memasukkannya ke dalam syurga.
  • Pintu ar-Rayyan dalam syurga akan hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa.
  • Puasa Ramadhan yang ikhlas kerana Allah menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu.
  • Doa orang berpuasa di bulan Ramadhan dikabulkan Allah. 
Buffet Ramadhan Mencemar Roh Ramadhan
  • Sebahagian hikmah utama Ramadhan adalah untuk merasai penderitaan orang-orang yang dalam kesusahan dan kelaparan. Harga puluhan malah mencecah ratusan ringgit seorang untuk sekali berbuka nyata membazir dan keterlaluan.
  • Di antara latihan ibadah puasa adalah mengawal hawa nafsu. Berbuka dengan melayani nafsu secara "all-you-can-eat" melalui Buffet Ramadhan ini tersasar dari objektif asas Ramadhan.
  • Berbuka di hotel menjauhkan kita dan keluarga dari suasana ibadah di masjid atau surau. Meskipun ada ruang solat disediakan, suasana mewah dan berseronok akan mempengaruhi proses pendidikan Ramadhan, terutamanya ke atas kanak-kanak.
  • Berbuka di hotel belum tentu kesucian dan kehalalannya. Tidak banyak hotel yang menerima sijil halal JAKIM.
  • Semacam ada pandangan rendah diletakkan kepada orang Islam yang berpuasa ; hidangkan makanan yang banyak kerana mereka akan makan banyak! Maka, elakkanlah walaupun kita mungkin mampu.
Amalan Di Bulan Ramadhan
1. Qiamu Ramadhan iaitu Solat Sunat Tarawih
  • Rasulullah S.A.W bersabda : "Barang siapa yang mendirikan Qiyamu Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)
2. Bersedekah
  • Ertinya : "Seutama-utama sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan." (Hadis Riwayat Tirmidzi)
3. Memberi Makan Orang Berbuka Puasa
  • Rasulullah S.A.W bersabda : : "Barang siapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa tadi." (Hadis Riwayat Imam Ahmad, An-Nasa'i dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani Rahimahullah)
4. Mencari Dan Menghidupkan Lailatul Qadar Di Bulan Ramadhan
  • Rasulullah S.A.W bersabda : "Barang siapa yang mendirikan qiyamullail pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosa yang telah lalu." (Hadis Riwayat Imam Bukhor dan Imam Muslim)
5. Memperbanyakkan Zikir Dan Doa Di Bulan Ramadhan
  • Siang dan malam hari di bulan Ramadhan adalah waktu yang memiliki keutamaan, maka istilah dengan membaca al-Qur'an, memperbanyakkan zikir, doa, istighfar, khususnya di waktu-waktu tertentu dikabulkannya doa, antara lain iaitu waktu berbuka puasa. Bagi orang yang berpuasa ketika berbuka puasa memiliki doa yang tidak akan ditolak oleh Allah S.W.T.

Sunday, 14 August 2011

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2011

 
 Antara guru SMKBS yang bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang
  
Pusat Sumber SMKBS telah bekerjasama dengan Panitia Sejarah menjayakan sambutan bulan kemerdekaan 2011. Panitia Sejarah diwakili oleh ketua panitianya, Puan Zaiton bt Idris, telah menyediakan pelbagai aktiviti seperti ceramah kemerdekaan, kibaran Jalur Gemilang, pertandingan melukis potret tokoh negarawan, mendeklamasi sajak, kuiz dan seumpamanya.

Antara objektif sambutan ini dibuat adalah untuk menanam rasa cinta dan sayang kepada negara. Selian itu, ia bertujuan mengenang jasa pemimpin yang banyak berjasa selain mengasah bakat pelajar dalam pertandingan yang dianjurkan. 
Pelajar mengibarkan Jalur Gemilang bersama guru
 
Dalam ucapan perasmian oleh Tn. Hj Shaifuddin bin Hj Masduki, beliau mengingatkan pelajar agar menghargai kemerdekaan yang dimiliki. Beliau menganggap sambutan kemerdekaan pada bulan Ramadhan mempunyai kekuatan dan keunikan yang tersendiri. Melalui ibadah-ibadah semasa Ramadhan, pelajar boleh berusaha memerdekakan diri daripada perangai dan tingkah laku yang buruk. 
Pengetua menyampaikan ucapan perasmian Bulan Kemerdekaan 2011
Pelajar kemudiannya menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan mengibarkan bendera dalam suasana meriah, walaupun majlis perasmian Bulan Kemerdekaan 2011 agak sederhana.

Saudari Nur Fatin Fakhira, pelajar kelas 4 Sains turut menyampaikan sajak dengan gaya yang bersemangat. Pusat Sumber sentiasa menggalakkan pelajar mencari bahan berkaitan kemerdekaan negara di bahagian Pengetahuan Am. Anda boleh meminjam buku dan berurusan dengan pengawas PS yang bertugas. Sepanjang bulan Ramadhan ini, Pusat Sumber dibuka mengikut waktu operasi seperti biasa.
 
Nur Fatin Fakhira mendeklamasikan sajak bertemakan patriotik dengan penuh semangat

Friday, 12 August 2011

HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA

Tanggal 23 April setiap tahun, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui agensinya, iaitu UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB) telah mengiisytiharkan program pembacaan dan pengayaan ilmu sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Books And Copyrights Day). Program ini telah bermula pada tahun 1996 dan disertai oleh lebih 100 buah negara di dunia termasuk Malaysia. Pelbagai aktiviti seperti pembacaan, promosi buku, kuiz, penulisan berkaitan buku dan hak cipta telah dilaksanakan bagi tujuan menyemai sikap suka membaca dalam kalangan generasi muda. 

OBJEKTIF HARI BUKU SEDUNIA
  1. Meningkatkan minat membaca di dalam dan di luar sekolah.
  2. Memberi pendedahan kepada murid mengenai adanya hari untuk buku dan hak cipta.
  3. Memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti perbukuan.
  4. Mengenali lebih ramai penulis buku tempatan dan luar negara.
 
Budaya membaca perlu menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia-Gambar hiasan
 Jadikan Bahan Penulisan Sebagai Satu Bimbingan.

PEMANTAUAN PSS CEMERLANG


Thursday, 11 August 2011

PENCAPAIAN NILAM SMK BATU SEPULUH LEKIR

Mei 2011
  • Bengkel Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat PKG Sitiawan telah diadakan di PKG Sitiawan. SMK Batu Sepuluh telah menghantar seorang wakil, Nur Fatin Fakhira dan berjaya menjadi Johan Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.
Julai 2011
  • Bengkel Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Manjung telah diadakan di PKG Sitiawan. SMK Batu Sepuluh telah menghantar seorang wakil, Nur Fatin Fakhira dan berjaya menjadi Naib Johan Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.

Thursday, 28 April 2011

PENCAPAIAN PSS SMK BATU SEPULUH

2009
SMK Batu Sepuluh Lekir telah dicalonkan sebagai Pusat Sumber Cemerlang bagi mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan bagi kategori sekolah menengah luar bandar.

2010
SMK Batu Sepuluh Lekir telah dicalonkan sebagai Pusat Sumber Cemerlang bagi mewakili Daerah Manjung ke peringkat negeri bagi kategori sekolah menengah luar bandar.

2011
- Mac
SMK Batu Sepuluh Lekir telah dicalonkan dan berjaya menjadi Johan PSS Cemerlang Peringkat Daerah Manjung Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.

- April
SMK Batu Sepuluh Lekir mewakili Daerah Manjung ke peringkat negeri bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar. Keputusannya, SMK Batu Sepuluh Lekir telah berjaya dianugerahkan sebagai Naib Johan.