Wednesday 27 April 2011

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2011


MAJLIS PELANCARAN NILAM 2011 DENGAN KERJASAMA PANITIA BAHASA MELAYU, PANITIA BAHASA INGGERIS DAN PANITIA BAHASA ARAB
Tarikh    : 14 Februari 2011
Masa     : 7.40 – 8.30 pagi
Tempat : Medan Perhimpunan Sekolah
Tema     : Membaca Pencetus Pemikiran Global

PENGENALAN
NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Program ini juga merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberikan pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah.

MATLAMAT
  • Membina tabiat membaca dalam kalangan murid-murid
OBJEKTIF
  • Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar
  • Menjadikan pelajar banyak dan suka membaca
  • Menggalakkan sekolah  untuk terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca
AJK PELAKSANA
Penasihat                          : Tuan Haji Shaifuddin bin Haji Masduki (Pengetua)
Pengerusi                          : Puan Hajah Kamaliah binti Ali (Penolong Kanan Pentadbiran)
Penyelaras NILAM           : Puan Rozila binti Abdullah (Guru Kanan Bahasa)
Setiausaha NILAM           : Puan Norizam binti Awang (Guru Perpustakaan dan Media)
Ahli Jawatankuasa :          
  • Ketua Panitia Bahasa Melayu
  • Ketua Panitia Bahasa Inggeris
  • Ketua Panitia Bahasa Arab
  • Guru-guru Data NILAM
  • Guru-guru bahasa
  • Guru-guru kelas
  • Pengawas PS
ATURCARA PROGRAM PELANCARAN NILAM 2011
7.30 pagi:  Perhimpunan mingguan seperti biasa
                    Ucapan Pengerusi Majlis
                    Ucapan perasmian pelancaran NILAM oleh Pengetua
                    Aktiviti pelajar
                    -          Bicara Buku (wakil pelajar tingkatan 3A1)
                    -          Dialog Bahasa Arab (wakil pelajar tingkatan 1A1)
                    -         Persembahan Bahasa Inggeris (wakil pelajar tingkatan 5SN)
8.40 pagi: Bersurai

AKTIVITI NILAM 2011
  • Taklimat NILAM
  • Pelancaran NILAM
  • Pemantauan Pelaksanaan NILAM Tahap 1, 2 dan 3
  • Lawatan Penanda Aras
  • Bulan Membaca
  • Pertandingan Syarahan
  • Pameran Buku
  • Bicara Buku (Pelajar)
  • Profil Guru
  • Penghayatan Bulan Kemerdekaan
  • Pertandingan Penulisan Esei (Menengah Atas)
  • Tokoh Negarawan (Menengah Rendah)
  • Minggu Kreatif Bahasa
  • Post-mortem dan Anugerah NILAM
LIRIK LAGU NILAM
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi
NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari

No comments:

Post a Comment