Sunday 14 August 2011

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2011

 
 Antara guru SMKBS yang bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang
  
Pusat Sumber SMKBS telah bekerjasama dengan Panitia Sejarah menjayakan sambutan bulan kemerdekaan 2011. Panitia Sejarah diwakili oleh ketua panitianya, Puan Zaiton bt Idris, telah menyediakan pelbagai aktiviti seperti ceramah kemerdekaan, kibaran Jalur Gemilang, pertandingan melukis potret tokoh negarawan, mendeklamasi sajak, kuiz dan seumpamanya.

Antara objektif sambutan ini dibuat adalah untuk menanam rasa cinta dan sayang kepada negara. Selian itu, ia bertujuan mengenang jasa pemimpin yang banyak berjasa selain mengasah bakat pelajar dalam pertandingan yang dianjurkan. 
Pelajar mengibarkan Jalur Gemilang bersama guru
 
Dalam ucapan perasmian oleh Tn. Hj Shaifuddin bin Hj Masduki, beliau mengingatkan pelajar agar menghargai kemerdekaan yang dimiliki. Beliau menganggap sambutan kemerdekaan pada bulan Ramadhan mempunyai kekuatan dan keunikan yang tersendiri. Melalui ibadah-ibadah semasa Ramadhan, pelajar boleh berusaha memerdekakan diri daripada perangai dan tingkah laku yang buruk. 
Pengetua menyampaikan ucapan perasmian Bulan Kemerdekaan 2011
Pelajar kemudiannya menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan mengibarkan bendera dalam suasana meriah, walaupun majlis perasmian Bulan Kemerdekaan 2011 agak sederhana.

Saudari Nur Fatin Fakhira, pelajar kelas 4 Sains turut menyampaikan sajak dengan gaya yang bersemangat. Pusat Sumber sentiasa menggalakkan pelajar mencari bahan berkaitan kemerdekaan negara di bahagian Pengetahuan Am. Anda boleh meminjam buku dan berurusan dengan pengawas PS yang bertugas. Sepanjang bulan Ramadhan ini, Pusat Sumber dibuka mengikut waktu operasi seperti biasa.
 
Nur Fatin Fakhira mendeklamasikan sajak bertemakan patriotik dengan penuh semangat

No comments:

Post a Comment